c Expand All C Collapse All

Penjalanan Pilihan Raya

Anda hanya boleh mengundi sekiranya anda telah mendaftar sebagai pemilih dan nama anda telah didaftarkan dalam Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya.

Mengundi adalah hak dan suara anda sebagai warganegara; Memilih wakil rakyat yang mewakili anda di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seterusnya menyumbang kepada pentadbiran negara; Mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat pelbagai agama dan kaum melalui amalan demokrasi; Meningkatkan martabat Negara di mata dunia.

Satu tempat yang ditetapkan oleh SPR bagi menjalankan urusan pengundian seperti bangunan sekolah, dewan, balai raya dan lain – lain. Setiap pusat mengundi mengandungi tempat mengundi (saluran).

Tempat mengundi atau saluran ialah suatu tempat atau bilik atau ruang khas yang disediakan dalam pusat mengundi untuk Pengundi masuk mengundi. Setiap tempat mengundi (saluran) dihadkan maksimum 700 pengundi berdaftar kecuali tempat mengundi (saluran) pertama yang dihadkan antara 300 – 350 pengundi (warga emas). Setiap tempat mengundi diketuai oleh seorang Ketua Tempat Mengundi dan dibantu oleh 3 atau 4 kerani pengundian.

TIDAK BOLEH Nombor siri pada kertas undi bertujuan untuk membuat kawalan kepada kertas undi pada saluran tersebut. Setiap petugas mempunyai peranan yang berbeza-beza, mereka tidak berpeluang untuk merekodkan nombor siri pemilih dan nombor siri kertas undi. Hanya Kerani Pengundian 1 mempunyai maklumat nombor siri pemilih dan hanya Kerani Pengundian 3 sahaja mempunyai maklumat nombor siri kertas undi. Oleh itu nombor siri dan nombor pengundi dalam Buku Daftar Pemilih tidak boleh dipadankan.

TIDAK BENAR. ‘Pengundi hantu’ hanyalah satu istilah.  Apa yang berlaku ialah apabila seseorang pemilih pergi mengundi di bahagian pilihan raya di mana pemilih tersebut memohon untuk didaftarkan, tetapi pemilih berkenaan tidak lagi tinggal di bahagian pilihan raya tersebut kerana berpindah atau bertugas di kawasan lain. Bagaimanapun, pemilih tersebut ialah pengundi yang sah dari segi undang-undang. Oleh sebab itu beliau digelar ‘pengundi hantu’.

Dakwat Pilihan Raya digunakan sebagai elemen kawalan terhadap syarat bahawa pengundi hanya layak mengundi sekali sahaja.

Pengundi boleh dibenarkan untuk mengundi pada hari pengundian sekiranya beliau tidak membawa kad pengenalan DENGAN SYARAT beliau membawa salah satu daripada dokumen pengenalan diri yang lain iaitu passport yang belum tamat tempoh atau lesen memandu bergambar yang belum tamat tempoh atau kad pengenalan sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN.KPPK 09 / JPN.KPPK 11).

Pengundian pos dibuat lebih awal daripada hari mengundi biasa.  Bagaimanapun pengiraan undi pos dibuat pada hari mengundi biasa dan perlu dilaksanakan dengan begitu teliti. Pegawai Pengurus perlu benar-benar berpuas hati bahawa kertas undi pos tersebut adalah kertas undi yang tulen sebagaimana yang dikeluarkan kepada pengundi dan disebabkan kerumitan proses inilah yang menyebabkan berlakunya kelewatan penerimaan peti undi pos di pusat penjumlahan rasmi undi (PPRU).

Setiap kertas undi yang dikeluarkan, akan dicap dengan Cap keselamatan dan Cap keselamatan adalah unik bagi setiap saluran.  Selain itu, kertas undi yang tulen mengandungi ciri-ciri keselamatan yang akan dapat dibezakan dengan kertas undi palsu.

Terdapat beberapa pihak yang akan memerhati proses pilihan raya iaitu

(a) Ejen-ejen yang dilantik oleh calon;

(b) Anggota pemerhati pilihan raya melibatkan pemerhati tempatan dan pemerhati antarabangsa.

Kesemua mereka perlu menandatangani Borang A (Borang Sumpah Kerahsiaan) dan Borang Aku Janji. Tugas mereka untuk memerhati perjalanan proses pilihan raya dari awal hingga akhir serta tidak boleh menganggu penjalanan pilihan raya. Sekiranya mereka mempunyai apa-apa bantahan, mereka boleh mengemukakannya secara bertulis kepada Ketua Tempat Mengundi atau Penyelia Pusat Mengundi.

SPR melantik Pegawai Pengurus dan Pegawai Pengurus yang akan melantik Petugas pilihan raya yang akan menjalankan fungsi dan tugas yang telah ditetapkan. Petugas-petugas ini akan diberi latihan.  Mereka juga perlu menandatangani Borang A (Borang Sumpah Kerahsiaan). Sekiranya mereka didapati gagal untuk menjalankan tugas dengan jujur dan amanah, mereka boleh digugurkan jawatan bahkan boleh didakwa di mahkamah.

TIDAK BOLEH kerana proses pengiraan undi adalah telus dan dibuat di tempat mengundi masing-masing.  Ketua Tempat mengundi perlu memastikan bahawa hanya kertas-kertas undi yang nombor sirinya tercatat pada Penyata Kertas Undi (Borang 13) berada dalam peti undi.  Setelah proses pengesahan dilaksanakan, paparan kertas undi akan dibuat dengan disaksikan oleh ejen-ejen tempat mengundi yang mewakili calon-calon yang bertanding.  Keputusan pengiraan akan dimuktamadkan dan dicatat dalam Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi (Borang 14).  Sesalinan Borang 14 akan diberikan kepada setiap ejen yang hadir.  Ejen-ejen juga dibenarkan memeriksa setiap borang yang berkenaan bagi memastikan laporan keputusan pengiraan undi adalah tepat dan betul.

Pengiraan undi dilakukan di tempat mengundi (saluran) masing-masing setelah tamat waktu pengundian.  Proses ini akan disaksikan oleh ejen-ejen mengira undi yang dilantik oleh calon-calon yang bertanding di bahagian pilihan raya yang berkenaan.  Ini bagi menunjukkan bahawa proses pengiraan undi adalah telus.

Atas permintaan seseorang pengundi yang tidak berdaya oleh sebab buta atau kecacatan fizikal lain yang ditetapkan oleh peraturan, mana-mana orang yang dipercayai dan dinamakan oleh pengundi, hendaklah merupakan seorang warganegara yang berumur 18 tahun atau lebih, atau jika orang yang sedemikian tidak dinamakan, KTM hendaklah menandakan kertas undi pengundi itu mengikut cara yang disuruh oleh pengundi itu dan hendaklah menyebabkan kertas undi itu dimasukkan ke dalam peti undi.  Mana-mana orang yang dipercayai tesebut hendaklah membuat suatu akuan mengenai identitinya dan penamaannya dengan mengisi Borang 10.

Boleh.  Anda boleh dibenarkan untuk menumpang tempat mengundi di tingkat bawah dengan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Persempadanan

Urusan Kajian Semula Persempadanan merupakan suatu kajian dan semakan untuk melihat semula kesesuaian sempadan-sempadan Bahagian Pilihan Raya sedia ada bagi memudahkan urusan pentadbiran pilihan raya dan pendaftaran pemilih pada masa akan datang.

Terdapat empat prinsip asas yang diambil kira dalam melaksanakan urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 2, Bahagian I, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan iaitu:

(a) Kemudahan diadakan bagi pemilih-pemilih mengundi semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak merentasi sempadan negeri;

(b) Mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan pengundian;

(c) Jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesuatu Negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar, luas bahagian pilihan raya patut diberi pertimbangan; dan

(d) Memelihara hubungan tempatan.

Sempadan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya dibentuk melalui penetapan daripada sesuatu yang boleh dilihat secara jelas dan nyata seperti bukit, jalan raya dan sungai serta sempadan lain seperti sempadan lot tanah, mukim, daerah atau negeri.

Pada masa ini, jumlah Bahagian Pilihan Raya Persekutuan yang berkuatkuasa adalah sebanyak 222 bahagian (Parlimen), manakala Bahagian Pilihan Raya Negeri (DUN) pula adalah sebanyak 587 bahagian.

Urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya boleh dimulakan berdasarkan keadaan seperti berikut:
(a) Tidak kurang daripada tempoh lat 8 tahun daripada tarikh siap urusan Kajian Semula Persempadanan sebelumnya; atau
(b) Terdapat pindaan terhadap undang-undang iaitu apabila Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Negeri dipinda, sama ada untuk menambah/mengurangkan bilangan kerusi dewan atau pewujudan wilayah baharu contohnya pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
YA. Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya akan dipamerkan selama satu bulan di tempat-tempat yang dinyatakan dalam notis warta yang turut disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempat untuk memaklumkan tentang syor-syor yang telah dicadangkan.
Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya dipamerkan untuk semakan dan representasi (bantahan/cadangan lain)  oleh pihak-pihak yang dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Berdasarkan peruntukan Seksyen 5, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan, pihak-pihak yang dibenarkan untuk membuat representasi adalah seperti berikut:
(a) Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang tersentuh oleh syor itu; dan
(b) Sekumpulan orang seramai 100 orang atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang berkenaan.
Urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang dilaksanakan di bawah peruntukan Perkara 113 (2) Perlembagaan Persekutuan hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi dua (2) tahun dari tarikh Notis Kajian Semula Persempadanan disiarkan. Walau bagaimanapun, bagi urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang dilaksanakan mengikut peruntukan Perkara 113 (3A) Perlembagaan Persekutuan iaitu apabila terdapat pindaan undang-undang berhubung bilangan kerusi Dewan Rakyat atau kerusi Dewan Undangan Negeri sebelum cukup lat tempoh 8 tahun, maka Kajian Semula Persempadanan tersebut hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 2 tahun dari tarikh kuatkuasa undang-undang tersebut.

Pendaftaran Pemilih

Sekiranya anda adalah seorang warganegara Malaysia dan berusia genap 18 tahun dan ke atas anda akan didaftarkan secara automatik. Sentiasa semak melalui mysprsemak.spr.gov.my sekiranya nama telah diwartakan.

Pendaftaran sebagai pemilih adalah melalui permohonan dan bukan secara otomatik. Pemohon perlu hadir sendiri dengan membawa kad pengenalan ke mana-mana lokasi berikut: (a) kaunter pendaftaran di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya; (b) Pejabat Pilihan Raya Negeri; (c) Pejabat Pos Berkomputer; (d) Mana-mana Penolong Pendaftar yang dilantik oleh SPR; dan (e) Kaunter Bergerak Outreach SPR; Pemohon perlu mengisi Borang permohanan (Borang A) dengan maklumat sebagaimana yang terdapat dalam Kad Pengenalan.

TIDAK LAYAK. Seseorang rakyat Malaysia yang mendapat taraf kerakyatan negara lain tidak layak mendaftar sebagai pemilih kerana ia bertentangan dengan syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

SPR hanya akan mengeluarkan nama-nama pemilih yang telah meninggal dunia daripada buku Daftar pemilih Pilihan Raya dengan berpandukan kepada rekod kematian yang diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).  Apabila seseorang pemilih meninggal dunia, warisnya hendaklah melaporkan kematian beliau kepada JPN.  Namun begitu, jika waris si mati tidak melaporkan kematian atau memperakukan kesahihan kematian tersebut kepada JPN, maka JPN tidak dapat mengemas kini maklumat kematian pemilih tersebut kepada SPR melalui sistem pangkalan data Agency Link-up System (ALIS). Oleh itu, nama beliau akan kekal berada dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya.

Anda boleh hadir dan berurusan di semua Pusat Pendaftaran iaitu di Kaunter Ibu Pejabat SPR, Putrajaya, mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri, mana-mana Pejabat Pos berkomputer, atau Penolong Pendaftar Pemilih yang dibenarkan oleh SPR untuk membuat permohonan tukar alamat.
Semua warganegara Malaysia yang berumur genap 18 tahun dan ke atas, bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya dan tidak hilang kelayakannya di sisi undang-undang layak untuk mendaftar sebagai pemilih.

Pemohon boleh mendaftar sebagai pemilih di mana-mana pusat pendaftaran pemilih seperti berikut:

(a) Kaunter Pendaftaran, Aras G, Ibu Pejabat SPR di Putrajaya;

(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara;

(c)  Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara;

(d) Pejabat Daerah/Pejabat Majlis Daerah; dan

(e) Tempat-tempat awam yang dikunjungi oleh Caravan atau Outreach Team SPR.

Setelah nama pemilih didaftarkan, pemilih akan menunggu untuk namanya diwartakan. Sebagai contoh, sekiranya anda berusia 18 tahun pada bulan Januari, nama anda hanya akan diwartakan pada bulan Februari kerana SPR mewartakan nama pemilih sebulan sekali.

BOLEH. Pasangan kepada anggota tentera diberi pilihan untuk memilih sebagai pengundi awal ataupun sebagai pengundi biasa mengikut (Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
TIDAK BOLEH. Mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, seseorang warganegara yang layak perlu hadir sendiri untuk mendaftar sebagai pemilih.

Anda boleh mendaftar sebagai seorang Pengundi Tidak Hadir (PTH) di luar Negara. Pendaftaran PTH dalam kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai di pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu

(a) Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;

       (b) Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang             pendaftaran anda.

       (c) Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;

       (d) Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan

       (e) Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

Hanya penjawat awam dan pasangannya dan pelajar dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH (Luar Negara). Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pengundi biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon di Malaysia (sebagaimana dalam kad pengenalan).

Bagi Warganegara Malaysia yang menetap/bekerja di luar negara (bukan penjawat awam/pelajar/pasangan penjawat awam/pasangan pelajar) boleh memohon untuk berdaftar sebagai pengundi biasa di mana-mana pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.

Status sebagai PTH (Luar Negara) adalah kekal sehingga pemilih memohon pendaftaran semula sebagai pengundi biasa setelah pulang ke Malaysia.

YA.  Seseorang rakyat Malaysia yang mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) negara lain layak mendaftar sebagai pemilih.  Bagaimanapun kelayakan tersebut akan hilang setelah beliau mendapat taraf warganegara di mana-mana negara lain.

Latihan

YA. Setiap petugas pilihan raya perlu menjalani latihan bagi memastikan mereka faham fungsi dan tugasan masing-masing ketika menjalankan tugas semasa pilihan raya. Selain itu ia bertujuan memastikan proses pengundian dapat dijalankan dengan teratur dan lancar.

Pengurusan latihan SPR dilaksanakan oleh Akademi Pilihan Raya (APR). Latihan-latihan yang ditawarkan memberi fokus kepada beberapa kumpulan sasar iaitu:

  • Pegawai dan staff spr;
  • Petugas pilihan raya;
  • Petugas PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia;
  • Media; dan
  • Ejen daripada Parti-parti politik.

Anda boleh membuat permohonan dengan menyatakan tarikh, tempat, bilangan peserta serta topik yang dipohon dan emelkan ke akademipilihanraya@spr.gov.my

 

Pendidikan Pengundi

Jawapan