Hari Mengundi Awal

Hari mengundi awal dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum hari mengundi, mereka yang layak untuk mengundi pada Hari Mengundi awal adalah tiga (3) kategori berikut:

  1. Polis DiRaja Malaysia (PDRM);
  2. Angkatan Tentera Malaysia dan Pasangan; dan
  3. Pasukan Gerakan AM dan Pasangan.

Sekiranya pegawai atau anggota Polis, Tentera atau PGA perlu bertugas pada hari mengundi awal, mereka layak untuk memohon mengundi secara undi pos melalui ketua jabatan masing-masing. Kemudahan ini TIDAK LAYAK bagi pasangan kecuali sekiranya pasangan tersebut adalah dikalangan tiga (3) kategori tersebut di atas.

Kaedah pengundian awal adalah sama seperti hari mengundi, yang berbeza adalah disebabkan hari mengundi awal dilaksanakan tiga hari sebelum hari mengundi, selesai sahaja mengundi, peti undi, undi awal akan disimpan di tempat penyimpanan selamat yang ditetapkan oleh Pegawai Pengurus dan hanya boleh dikira pada hari mengundi seawal 2.00 petang. Pengiraan undi bagi peti undi pengundian awal disaksikan dengan kehadiran ejen mengira undi yang dilantik oleh calon yang bertanding.

logo pdrm

Pengundian Pos

Pengundian Pos adalah kemudahan yang diberikan kepada mereka yang tidak dapat hadir mengundi awal atau pada hari mengundi kerana bertugas pada hari tersebut. Undi Pos ialah kertas undi yang dikeluarkan kepada pemilih tidak hadir yang mendaftar sebagai pemilih pos di dalam Daftar Pemilih dan pemilih yang diluluskan oleh SPR untuk mengundi secara pos. Sebanyak empat (4) Kategori permohonan pengundian pos seperti berikut:

Borang 1A:

  1. Anggota tentera yang tidak dapat hadir pada hari mengundi awal kerana diarah oleh pihak berkuasa ATM menjalankan tugas;
  2. Anggota polis yang tidak dapat hadir pada hari mengundi awal kerana diarah oleh pihak berkuasa PDRM menjalankan tugas.
  3. Pegawai dan petugas pilihan raya yang dilantik seperti Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus, Ketua Tempat Mengundi, Penyelia Pusat Mengundi, Kerani Pengundian dan lain-lain lagi;
  4. Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya; dan
  5. Pekerja media – tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR.

Borang 1B
Mereka yang telah berdaftar sebagai pemilih dan tinggal di luar Negara kecuali mereka yang tinggal di Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan wilayah Kalimantan Indonesia. Tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Borang 1C
Anggota dan pegawai bagi sembilan (9) jabatan/agensi yang bertugas pada hari mengundi seperti berikut:

  1. Anggota Jabatan Penjara;
  2. Anggota Jabatan Kesihatan;
  3. Anggota Jabatan Imigresen Malaysia;
  4. Anggota Sukarelawan Simpanan Polis;
  5. Anggota Angkatan Pertahanan Awam;
  6. Anggota Jabatan Pendaftaran Negara;
  7. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat;
  8. Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia; dan
  9. Anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Kategori Pemilih Tidak Hadir (PTH)
Adalah seorang pemilih yang berdaftar, seorang Penjawat awam dan pasangan, Pelajar dan Pasangan yang berada diluar negara yang diperakukan dan telah mengemukakan permohonan untuk menukar kategori pemilih dari pengundi kepada pemilih tidak hadir. Mereka ini adalah layak secara automatik sebagai pengundi PTH dan akan mengunakan kemudahan undi pos.

Siapa Yang Terlibat Menguruskan Pengundian Pos?

Peringkat Pejabat Pegawai Pengurus

Pegawai Pengurus – adalah Pegawai yang bertanggungjawab memastikan proses pengurusan pengundian pos berjalan dengan lancar mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan

Penolong Pegawai Pengurus Undi Pos – adalah Pegawai yang bertanggungjawab memastikan kelancaran 4 peringkat pengurusan pengundian pos bermula dari peringat pengeluaran sehingga pengiraan undi. Bertanggungjawab memastikan kerani undi pos melaksanakan tugas mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Pembantu Pilihan Raya Undi Pos – adalah bertanggungjawab membantu PPPUP memastikan persediaan logistik dan sumber manusia mencukupi

4 Peringkat Pengurusan Undi Pos

1. Pengeluaran Sampul Keutamaan
2. Penerimaan Sampul B
3. Pembukaan Sampul
4. Pengiraan Kertas Undi

Tidak kurang 24 jam, Pegawai Pengurus perlu mengeluarkan notis kepada Ejen Undi Pos untuk maklumnya agar bersedia dan hadir semasa Hari Pengeluaran ini.

1. Pengeluaran Sampul Keutamaan

Hari Pengeluaran adalah hari di mana Sampul Keutamaan dikeluarkan untuk dihantar kepada pengundi yang telah diluluskan pengundian pos. Semasa Pengeluaran, Ejen Undi Pos akan hadir untuk menyaksikan pengeluaran tersebut.

Senarai nama pengundi pos yang diluluskan dan dikeluarkan kepadanya Sampul Keutamaan juga akan diberikan satu salinan kepada setiap Ejen Undi Pos yang hadir.

Sampul Keutamaan yang telah lengkap dengan nama dan alamat pengundi pos seperti gambar dibawah, akan dihantar oleh Pos Malaysia kepada pengundi, atau diuruskan oleh Pegawai Yang Bertanggungjawab Kurier Polis atau Tentera bagi Pengundi Pos Polis atau Tentera.

2. Penerimaan Sampul B

Selesai Pengeluaran kepada semua pengundi pos, Penolong Pegawai Pengurus Undi Pos perlu bersedia menerima Sampul B. Bermula dari hari pengeluaran (biasanya 2 atau 3 hari selepas hari penamaan calon), Penolong Pegawai Pengurus Undi Pos dan pasukannya perlu bersedia untuk menerima Sampul B setiap hari sehinggalah pada Hari Pengundian pada jam 5.00 petang.

Penerimaan Sampul B daripada pengundi boleh berlaku sama ada pengundi menghantar sendiri Sampul B, menghantar melalui Pos Malaysia atau melalui Kurier Polis dan Tentera ke alamat yang tertera pada Sampul B. Sampul-sampul B yang diterima ini perlu dimasukkan ke dalam Peti Undi Pos yang telah dimeterai dihadapan Ejen Undi Pos pada hari pengeluaran dan hanya boleh dibuka pada Hari Pengundian seawal 10 pagi dihadapan Ejen Undi Pos.

Kebiasaannya penerimaan Sampul B berlaku dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Selesai penerimaan pada hari tersebut,Penolong Pegawai Pengurus Undi Pos dan pasukannya akan memeterai mulut peti undi dan bilik penyimpanan akan dijaga dengan selamat. Pada keesokan harinya, penerimaan akan bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang dan begitula seterusnya sehingga pada hari sehari sebelum Hari Mengundi.

Keesokan harinya iaitu Pada Hari Mengundi Penolong Pegawai Pengurus Undi Pos dan pasukannya akan bersedia seawal pukul 8.00 pagi untuk membuka Sampul B di hadapan Ejen Undi Pos.

2. Pembukaan Sampul

Tidak kurang 24 jam, Pegawai Pengurus perlu mengeluarkan notis pemakluman Pembukaan Sampul kepada Calon atau Ejen Pilihan Raya.

Pembukaan sampul biasanya dilaksanakan pada Hari Mengundi seawal jam 10.00 pagi di hadapan Ejen Undi Pos.

Proses pembukaan sampul akan dilaksanakan dihadapan Ejen Undi Pos. Kerani Undi Pos akan membuka kesemua Sampul B terlebih dahulu dan perlu memastikan terdapat Borang 2 dan Sampul A. Selepas itu menyemak:

  1. Pastikan Borang 2 adalah lengkap
  2. Pastikan Nombor siri pada Borang 2 dan Sampul A adalah sama.
  3. Sekiranya 2 syarat di atas tidak dipatuhi, Sampul B ini perlulah dicap Pengisytiharan Ditolak (sekiranya Borang 2 tidak lengkap) atau Ditolak dan dimasukkan ke dalam Dulang Ditolak.

Semasa proses membuka sampul B, peti undi kosong atau separa kosong perlulah sentiasa bersedia untuk menerima lagi Sampul B sehingga jam 5.00 petang pada Hari Mengundi.

Selesai membuka kesemua Sampul B. KUP perlu melakukan ini:

  1. Mengambil semua Borang 2 yang terdapat di dalam Dulang Borang 2 dan memasukkannya ke dalam Sampul 6P. Sampul ini perlulah dimeterai dengan perekat keselamatan, ditandatangani oleh Pegawai Pengurus atau Ejen Undi Pos yang masih ada. Kemudiannya Sampul 6P ini perlulah disimpan ditempat selamat dan tidak boleh dibuka sehingga selesai.
  2. Mengambil semua Sampul B yang ditolak dan memasukkan ke dalam Sampul 7P.

Bersedia untuk membuka Sampul A

3. Pembukaan Sampul A

Semasa pembukaan Sampul A, KUP perlu memastikan tersedia peti undi kosong/ peti undi yang telah dimasukkan kertas undi semasa pembukaan Sampul B untuk memasukkan kertas undi yang telah disemak.

Semasa pembukaan Sampul A. Ejen Undi Pos seperti biasa pada masa ini akan memerhatikan dengan teliti untuk memastikan hanya kertas undi yang betul dimasukkan ke dalam Peti Undi.

Semasa pembukaan Sampul A, KUP perlu memastikan terdapat kertas undi. Semasa pembukan Sampul A, KUP TIDAK BOLEH melihat undi pengundi. KUP hanya perlu mengintip no.siri kertas undi dan MEMASTIKANNYA sama dengan nombor siri yang tercatat dihadapan Sampul A.

Sekiranya nombor siri kertas undi adalah SAMA dengan Sampul A, kertas undi ini akan dimasukkan ke dalam PETI UNDI yang dimeterai.

Sekiranya nombor siri kertas undi TIDAK SAMA dengan nombor siri Sampul A, kertas undi ini akan dicapkan ditolak dihadapannya dan dimasukkan ke dalam Dulang “DITOLAK”.

Mana-mana Sampul A yang tidak mengandungi kertas undi, Sampul A ini akan dicapkan “KOSONG'” dan dimasukkan ke dalam Dulang “KOSONG”

Begitula prosesnya sehingga selesai.

4. Pengiraan Undi Pos

Proses Pengiraan Undi Pos adalah sama seperti Pengiraan Undi Hari Mengundi. Rujuk ruang Mengira Undi untuk mengetahui prosesnya.

Hari Mengundi

Hari Mengundi adalah tarikh yang ditetapkan sebagai tarikh pengundian dijalan dan berakhir apabila keputusan pilihan raya diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus.

Pada hari mengundi, rakyat yang layak dan berdaftar akan hadir ke Pusat Mengundi dan mengenalpasti tempat mengundi yang telah ditetapkan untuknya seterusnya mengundi mengikut langkah-langkah yang ditetapkan oleh SPR. Selesai memasukkan kertas undi ke dalam peti undi yang telah ditetapkan, pengundi perlu meninggalkan pusat mengundi.

Bagaimana Mengundi (First Person View)

Bagaimana Mengundi (Overview)

Bagaimana Mengira Undi?

Sejak 2008, SPR telah melaksanakan pengiraan undi di tempat mengundi/saluran di tempat yang sama pembuangan undi dilakukan. Peti undi tidak lagi dibawa ke pusat pengiraan undi berkelompok kecuali bagi pengundian awal dan pengundian pos (rujuk pengundian awal dan pengundian pos).

Tepat pada jam 5.00 petang, peti undi akan dimeterai dihadapan Ejen Tempat Mengundi (ada tempat mengundi yang ditutup lebih awal kerana bilangan pengundi yang sedikit, ejen dan pengundi boleh merujuk kepada Notis Borang 8 yang menyatakan masa tempat mengundi dibuka dan ditutup). Selesai memeterai, Ketua Tempat Mengundi akan melengkapkan Borang 13 (Penyata Kertas Undi) dan meminta tandatangan ejen. Borang 13 ada menyatakan bilangan kertas undi yang dikeluarkan pada jam 5.00 petang atau lebih awal, Borang 13 tidak boleh diberikan kepada ejen.

Seterusnya KTM akan memaklumkan ejen waktu pengiraan undi. Pengiraan undi dilaksanakan dihadapan Ejen Mengira Undi yang dilantik oleh calon yang bertanding. Semasa pengiraan, Kerani Pengundian akan mendapatkan bilangan kertas undi di dalam peti undi bagi memastikan ianya tidak lebih daripada bilangan kertas undi yang dikeluarkan semasa tempat mengundi ditutup, seterusnya memaparkan kertas undi dihadapan Ejen Mengira Undi satu persatu, memasukkan ke dalam dulang-dulang, menentukan kertas undi ragu, dan KTM akan melengkapkan Borang 14 dan diserahkan salinan satu setiap Ejen Mengira Undi yang hadir.

KTM dan pasukannya akan bertolak ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi untuk diumumkan keputusan rasmi di tempat mengundi berkenaan.

Mengira Undi

Bagaimana mengira undi diuruskan?

Sejak 2008, SPR telah melaksanakan pengiraan undi di tempat mengundi/saluran di tempat yang sama pembuangan undi dilakukan. Peti undi tidak lagi dibawa ke pusat pengiraan undi berkelompok kecuali bagi pengundian awal dan pengundian pos (rujuk pengundian awal dan pengundian pos).

Tepat pada jam 5.00 petang, peti undi akan dimeterai dihadapan Ejen Tempat Mengundi (ada tempat mengundi yang ditutup lebih awal kerana bilangan pengundi yang sedikit, ejen dan pengundi boleh merujuk kepada Notis Borang 8 yang menyatakan masa tempat mengundi dibuka dan ditutup). Selesai memeterai, Ketua Tempat Mengundi akan melengkapkan Borang 13 (Penyata Kertas Undi) dan meminta tandatangan ejen. Borang 13 ada menyatakan bilangan kertas undi yang dikeluarkan pada jam 5.00 petang atau lebih awal, Borang 13 tidak boleh diberikan kepada ejen.

Seterusnya KTM akan memaklumkan ejen waktu pengiraan undi. Pengiraan undi dilaksanakan dihadapan Ejen Mengira Undi yang dilantik oleh calon yang bertanding. Semasa pengiraan, Kerani Pengundian akan mendapatkan bilangan kertas undi di dalam peti undi bagi memastikan ianya tidak lebih daripada bilangan kertas undi yang dikeluarkan semasa tempat mengundi ditutup, seterusnya memaparkan kertas undi dihadapan Ejen Mengira Undi satu persatu, memasukkan ke dalam dulang-dulang, menentukan kertas undi ragu, dan KTM akan melengkapkan Borang 14 dan diserahkan salinan satu setiap Ejen Mengira Undi yang hadir.

KTM dan pasukannya akan bertolak ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi untuk diumumkan keputusan rasmi di tempat mengundi berkenaan.

Langkah 1 : Persiapan peralatan dan susun atur pengiraan undi