AAT di Pilihan Raya Kecil (PRK) N.39 Seri Setia | 8 September 2018

8 Sept (Sabtu) -  Akademi Pilihan Raya telah membawa seramai lebih 30 orang AAT untuk bersama-sama menyaksikan sendiri proses pengundian sehingga keputusan di umumkan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Sivik Petaling Jaya. Dengan penglibatan ini, diharapkan team AAT akan lebih memahami dan seterusnya dapat berkongsikan pengalaman ini semasa memberikan taklimat kepada pelajar-pelajar sekolah yang akan mereka kunjungi nanti.  

AAT di MRSM Beseri Perlis | 1 September 2018 (Sabtu)

1 Sept - Hari ini, AAT telah mula memasuki sekolah Menengah Rendah Sains Mara untuk bersama-sama pelajar tingkatan 4 berkongsi berkenaan pilihan raya secara lebih dekat lagi. Program ini telah akan diteruskan kepada lagi 53 MRSM di seluruh negara. Program ini nyata memberikan impak positif di kalangan pelajar-pelajar dan mendapat sambutan yg sgt baik, apabila pelajar-pelajar didedahkan dengan lebih dekat…

Taklimat Petugas KTM/KPMU, PPM/KPDP/PAPM PRK Balakong dan

Taklimat Petugas SPR bagi PRK Balakong dan Seri Setia dilaksanakan bertujuan untuk memastikan petugas melaksanakan tugas mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang terkini yang telah ditetapkan. Taklimat kali ini memfokuskan modul latihan yang High Impact Smart Training (HIST) menekankan ujian praktikal dan pemahaman, diakhir taklimat semua petugas tahu dan faham tentang pengurusan pilihan raya apabila bertugas di lapangan pada hari sebenar.

Program AAT Semenanjung Malaysia | Tarikh : 24 – 27 Ogos 2018 | ILD Perak

Program ini yang dijalankan selama 3 hari melibatkan pelajar-pelajar dari universiti-universiti di Malaysia dan Jemputan khas kepada jabatan KBS. Program ini adalah sebagai akreditasi kepada pelajar-pelajar dan yang terpilih untuk menjadi penceramah utama ke sekolah-sekolah menengah dan rendah di seluruh Malaysia bagi menyampaikan tentang Pilihan Raya di Malaysia.  

Taklimat Pemerhati Pilihan Raya Kecil DUN N.27 Balakong dan N.32 Seri Setia Tarikh : 15 – 16 Ogos 2018 | Tempat : Dewan Serbaguna, Menara SPR

Taklimat ini yang dijalankan selama 2 hari merupakan taklimat penting yang perlu dihadiri sebelum seseorang itu menjadi pemerhati semasa PRK nanti. Pengisian taklimat adalah, peserta didedahkan dengan sistem dan prosedur terkini pengurusan penjalanan pilihan raya termasuk pengurusan Hari Penamaan Calon, Pengurusan Hari Mengundi dan Pengurusan Pengundian Pos. Peserta turut dimaklumkan berkenaan dengan terma-terma dan syarat menjadi pemerhati, the Do’s and Dont…

Program Pendidikan Pengundi | 7 Ogos 2018 (Jumaat) Tempat: Politeknik Kuching, Sarawak

Program Pendidikan Pengundi diteruskan lagi ke Negeri Sarawak. Jumlah Penyertaan : 164 orang Pendaftaran Baru : 3 orang Tukar Alamat: - Penceramah : 1. Pn. Rafidah bt. Arshad Pem. Penceramah : 1. Pn. Nurul Mashitah bt Roslan 2. Cik Adeline Alvina Nokiat