AAT di MRSM Beseri Perlis | 1 September 2018 (Sabtu)

1 Sept – Hari ini, AAT telah mula memasuki sekolah Menengah Rendah Sains Mara untuk bersama-sama pelajar tingkatan 4 berkongsi berkenaan pilihan raya secara lebih dekat lagi. Program ini telah akan diteruskan kepada lagi 53 MRSM di seluruh negara. Program ini nyata memberikan impak positif di kalangan pelajar-pelajar dan mendapat sambutan yg sgt baik, apabila pelajar-pelajar didedahkan dengan lebih dekat lagi tentang pengurusan pilihan raya dan bagaimana cara dan kaedah pengundian yang betul. Pendedahan ttg proses dan pelaksanaan pilihan raya di Malaysia memberikan peluang kpd para pelajar merasai sendiri suasana dlm tempat mengundi dan bagaimana cara utk mengundi. Soalan-soalan yg bernas juga diutarakan oleh para pelajar walaupun mereka baru berusia 16 tahun.ini menampakkan mereka ambil tahu ttg perkembangan politik tanah air seterusnya menyedari kepentingan sbg rakyat dlm menentukan pemerintah.

AAT Team yang terlibat adalah:

  1. Hanafi Doloh (UPSI);
  2. Muhammad Fathrurrahman bin Roslan (UTHM)
  3. Muhammad Amirul Abrar Abdullah (UiTM, Permatang Pauh Pulau Pinang)
  4. Mior Muhammad Hafizuddin Shah Bin Alias (UniMAP)
  5. Ernie Suzlyana Binti Mohamed Tasuni (UniMAP)

Leave a comment