OKU penglihatan dan individu yang tidak boleh menanda kertas undi kerana kecacatan fizikal yang lain boleh membawa ‘orang yang dipercayai’ untuk membantu mereka mengundi. Apakah syarat-syarat sebagai ‘orang yang dipercayai’ ini?

Atas permintaan seseorang pengundi yang tidak berdaya oleh sebab buta atau kecacatan fizikal lain yang ditetapkan oleh peraturan, mana-mana orang yang dipercayai dan dinamakan oleh pengundi, hendaklah merupakan seorang warganegara yang berumur 21 tahun atau lebih, atau jika orang yang sedemikian tidak dinamakan, KTM hendaklah menandakan kertas undi pengundi itu mengikut cara yang disuruh oleh pengundi itu dan hendaklah menyebabkan kertas undi itu dimasukkan ke dalam peti undi.  Mana-mana orang yang dipercayai tesebut hendaklah membuat suatu akuan mengenai identitinya dan penamaannya dengan mengisi Borang 10.

Leave a comment