Berdasarkan peruntukan Seksyen 5, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan, pihak-pihak yang dibenarkan untuk membuat representasi adalah seperti berikut:
(a) Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang tersentuh oleh syor itu; dan
(b) Sekumpulan orang seramai 100 orang atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang berkenaan.
Tags:
Leave a comment