Mengapakah ada nama pemilih yang telah meninggal dunia tetapi tidak dikeluarkan daripada buku Daftar Pemilih Pilihan Raya?

SPR hanya akan mengeluarkan nama-nama pemilih yang telah meninggal dunia daripada buku Daftar pemilih Pilihan Raya dengan berpandukan kepada rekod kematian yang diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).  Apabila seseorang pemilih meninggal dunia, warisnya hendaklah melaporkan kematian beliau kepada JPN.  Namun begitu, jika waris si mati tidak melaporkan kematian atau memperakukan kesahihan kematian tersebut kepada JPN, maka JPN tidak dapat mengemas kini maklumat kematian pemilih tersebut kepada SPR melalui sistem pangkalan data Agency Link-up System (ALIS). Oleh itu, nama beliau akan kekal berada dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya.

Leave a comment