TIDAK BOLEH kerana proses pengiraan undi adalah telus dan dibuat di tempat mengundi masing-masing. Ketua Tempat mengundi perlu memastikan bahawa hanya kertas-kertas undi yang nombor sirinya tercatat pada Penyata Kertas Undi (Borang 13) berada dalam peti undi. Setelah proses pengesahan dilaksanakan, paparan kertas undi akan dibuat dengan disaksikan oleh ejen-ejen tempat mengundi yang mewakili calon-calon yang bertanding. Keputusan pengiraan akan dimuktamadkan dan dicatat dalam Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi (Borang 14). Sesalinan Borang 14 akan diberikan kepada setiap ejen yang hadir. Ejen-ejen juga dibenarkan memeriksa setiap borang yang berkenaan bagi memastikan laporan keputusan pengiraan undi adalah tepat dan betul.
Tags:
Leave a comment