Urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang dilaksanakan di bawah peruntukan Perkara 113 (2) Perlembagaan Persekutuan hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi dua (2) tahun dari tarikh Notis Kajian Semula Persempadanan disiarkan. Walau bagaimanapun, bagi urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang dilaksanakan mengikut peruntukan Perkara 113 (3A) Perlembagaan Persekutuan iaitu apabila terdapat pindaan undang-undang berhubung bilangan kerusi Dewan Rakyat atau kerusi Dewan Undangan Negeri sebelum cukup lat tempoh 8 tahun, maka Kajian Semula Persempadanan tersebut hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 2 tahun dari tarikh kuatkuasa undang-undang tersebut.
Tags:
Leave a comment