Hari mengundi awal dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum hari mengundi, mereka yang layak untuk mengundi pada Hari Mengundi awal adalah tiga (3) kategori berikut:
- Polis DiRaja Malaysia (PDRM);
- Angkatan Tentera Malaysia dan Pasangan; dan
- Pasukan Gerakan AM dan Pasangan.
Sekiranya pegawai atau anggota Polis, Tentera atau PGA perlu bertugas pada hari mengundi awal, mereka layak untuk memohon mengundi secara undi pos melalui ketua jabatan masing-masing. Kemudahan ini TIDAK LAYAK bagi pasangan kecuali sekiranya pasangan tersebut adalah dikalangan tiga (3) kategori tersebut di atas.
Kaedah pengundian awal adalah sama seperti hari mengundi, yang berbeza adalah disebabkan hari mengundi awal dilaksanakan tiga hari sebelum hari mengundi, selesai sahaja mengundi, peti undi, undi awal akan disimpan di tempat penyimpanan selamat yang ditetapkan oleh Pegawai Pengurus dan hanya boleh dikira pada hari mengundi seawal 2.00 petang. Pengiraan undi bagi peti undi pengundian awal disaksikan dengan kehadiran ejen mengira undi yang dilantik oleh calon yang bertanding.