LAWATAN – Kelab Malaysiaku Daerah Hulu Langat | 10 April 2019

10 Apr  – Hari ini, Akademi  Pilihan Raya telah menerima kunjungan dari 10 buah sekolah sekitar daerah Hulu Langat. Lawatan ini turut di sertai oleh Jabatan Penerangan Daerah Hulu Langat. Program ini nyata memberikan impak positif di kalangan pelajar-pelajar dan mendapat sambutan yg sangat baik.  Pelajar-pelajar didedahkan dengan lebih dekat lagi tentang pengurusan pilihan raya dan bagaimana cara dan kaedah pengundian yang betul. Pendedahan tentang proses dan pelaksanaan pilihan raya di Malaysia. Lawatan ini memberikan peluang kpd para pelajar merasai sendiri suasana dlm tempat mengundi dan bagaimana cara utk mengundi. Soalan-soalan yg bernas juga diutarakan oleh para pelajar walaupun mereka baru berusia 17 tahun.Ini menampakkan pelajar masa kini mengambil tahu ttg perkembangan politik tanah air seterusnya menyedari kepentingan sbg rakyat dlm menentukan pemerintah.

Leave a comment