Lawatan – SMK Seri Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi | 11 Mac 2020
Putrajaya – Akademi Pilihan Raya(APR) telah menerima kunjungan dari SMK Seri Sepang Bandar Baru , Salak Tinggi Sepang Selangor anjuran dari Pejabat Penerangan Daerah Sepang seramai 110 orang termasuk pelajar2 cikgu dan pegawai penerangan. Mereka dibawa ke Auditorium SPR bagi mendengar taklimat ringkas mengenai pilihan raya yang disampaikan oleh En Farihan bin Mohamad Taib (Ketua Program Pendidikan Pengundi).
Kemudian mereka dibawa ke Galeri Tan Sri Abd Aziz bagi melihat pameran dan diterangkan oleh Puan Nor Aziah binti Md Kassim(PPK) . Dengan ini , generasi muda akan lebih memahami tentang pilihan raya, kepentingan keterlibatan dan bagaimana ianya diuruskan oleh SPR.
Lawatan ini memberi peluang kepada para pelajar merasai sendiri suasana di dalam tempat mengundi dan bagaimana cara utk mengundi. Program ini nyata memberikan impak positif di kalangan pelajar-pelajar dan mendapat sambutan yg sangat baik.
Leave a comment