LATIHAN : Kursus Redelineation Camp 2019
Melaka – Kursus Redelineation Camp yang telah dianjurkan oleh Akademi Pilihan Raya (APR) dengan kerjasama Bahagian Persempadanan bertempat di The Straits Hotel & Suite Melaka pada 20 – 22 Ogos 2019. Kursus ini terdiri dari kakitangan SPR seramai 76 orang. Tujuan kursus ini diadakan bagi tujuan menyelaraskan serta mewujudkan keseragaman dalam perlaksanaan urusan persempadanan dan belah bahagi bahagian-bahagian pilihan raya oleh semua Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN).
Selain itu program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran dan memberi pendedahan kepada warga SPR mengenai undang-undang persempadanan dan belah bahagi . Dengan memberi peluang kepada warga SPR di peringkat Ibu pejabat dan Negeri untuk saling mengenali antara satu sama lain sekaligus menerapkan semangat kerja dan berpasukan dalam kalangan warga kerja SPR.
Majlis penutupan ini disempurnakan oleh Puan Norlinah binti Jamman, Timbalan Pengarah Akademi Pilihan Raya (APR)
Leave a comment