KURSUS ELECTION CAMP ’18

Port Dickson – Kursus Election Camp 2018 telah dijalankan dengan jayanya pada 29 – 31 Oktober 2018 bertempat di The Grand Beach Resort Port Dickson. Kursus ini telah dihadiri oleh lebih 80 orang warga SPR diseluruh Negara. Pengisian kursus memfokuskan 3 fungsi utama SPR dan Pengurusan-pengurusan pengundian dan pengurusan undi pos borsama simulasi untuk membantu peserta lebih faham bagaimana pengurusan pengundian dan pengundian pos dilaksanakan.

Peserta juga dinilai tahap pengetahuan mereka tentang SPR dan Pilihan Raya sebelum dan selepas kursus.

Diakhir kursus ini, peserta akan dapat memahami siapa SPR, fungsi-fungsi SRP, serta proses dan prosedur terkini pengurusan pengundian dan pengundian pos dan seterusnya menjadi agen penyampai maklumat yang tepat dan sahih kepada pelanggan SPR.

Majlis penutup disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Sharil Bahari bin Bahari, Timbalan Pengarah (Operasi) Pejabat Pilihan Raya Negeri Sembilan.

Leave a comment