Ditubuhkan pada tahun 2007, pada mulanya Akademi Pilihan Raya (APR) hanya dianggotai oleh seramai 10 orang pegawai.
Pada tahun 2016, SPR telah melaksanakan penstrukturan semula dan APR dianggotai oleh seramai 31 orang pegawai dan sokongan. Objektif utama adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dan warga SPR, petugas-petugas pilihan raya, parti-parti politik dan pihak-pihak yang terlibat secara langung dalam pengurusan pilihan raya selain meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya penglibatan dalam pilihan raya di kalangan masyarakat.