Pengurusan Latihan

Pengurusan Latihan berfungsi untuk membangunkan modul latihan bermula dengan merangka modul, menyediakan bahan bantu mengajar dan menyediakan platform pembelajaran kepada tenaga pengajar seterusnya memberikan taklimat dan latihan kepada kumpulan sasar seperti:

  1. Warga SPR;
  2. Petugas Pilihan Raya dan Petugas Parti Politik;
  3. Petugas Keselamatan (PDRM/ ATM);
  4. Pengamal media (wartawan/ jurugambar);
  5. Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara;
  6. Organisasi bukan kerajaan; dan
  7. Pihak-pihak berkepentingan.

Sebarang permohonan taklimat atau latihan boleh dibuat melalui tab “Hubungi Kami” diruangan permohonan ataupun emelkan permohonan anda ke akademipilihanraya@spr.gov.my.

Taklimat dan Latihan Yang Dilaksanakan.

Election Camp

Kumpulan Sasar:
Warga SPR

Objektif:
Memberi penerangan dan pendedahan kepada warga SPR tentang fungsi serta bidang kuasa SPR. Warga juga didedahkan dengan ilmu pengetahuan mengenai proses dan prosedur operasi piawai pilihan raya yang dilaksanakan di Malaysia.

Tempoh Latihan:
2 hari

Output:
Warga SPR mampu menerangkan fungsi SPR dan proses pilihan raya secara am kepada pelanggan.

Taklimat Pegawai Pengurus (PP) dan
Penolong Pegawai Pengurus (PPP)

Kumpulan Sasar:
Petugas Pilihan Raya

Objektif:
Memberi penerangan agar pasukan kerja PP dan PPP bersedia dan mengetahui peranan masing-masing dalam menjalankan operasi pilihan raya mengikut skop kerja yang telah ditetapkan.

Tempoh Latihan:
2 hari

Output:
PP mampu mentadbir pasukan kerja dengan peranan yang ditentukan serta melaksanakan tugas- tugas persediaan menghadapi pilihan raya.

Taklimat Petugas Pusat Mengundi (Penyelia Pusat Mengundi, Kerani Penyemak Daftar Pemilih & Penunjuk Arah Pusat Mengundi)

Kumpulan Sasar:
Petugas Pilihan Raya

Objektif:
Memberi pendedahan kepada Penyelia Pusat Mengundi, Kerani Penyemak Daftar Pemilih & Penunjuk Arah Pusat Mengundi selaku petugas pilihan raya yang berperanan di seluruh kawasan pusat mengundi (luar saluran) tentang tugas dan tindakan yang perlu diambil bagi sebarang situasi yang berlaku.

Tempoh Latihan:
1 hari

Output:
Penyelia Pusat Mengundi, Kerani Penyemak Daftar Pemilih & Penunjuk Arah Pusat Mengundi mampu memahami peranan masing- masing di luar tempat mengundi (saluran) dan boleh bertindak sewajarnya bagi menghadapi sebarang situasi yang berlaku di kawasan penugasan.

Taklimat Peranan Petugas PDRM

Kumpulan Sasar:
Petugas Pilihan Raya dikalangan Polis Diraja Malaysia.

Objektif:
Memberi penerangan kepada petugas PDRM iaitu anggota polis yang bertugas selaku Polis Pengiring KTM dan anggota kawalan keselamatan/ lalulintas.

Tempoh Latihan:
1 hari

Output:
Polis Pengiring KTM dan polis yang membuat kawalan keselamatan/ lalulintas memahami tugas dan peranan masing-masing serta mampu mengawal keadaan sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka.

Taklimat Ejen Parti Politik
(Ejen Tempat Mengundi – ETM dan Ejen Mengira Undi – EMU)

Kumpulan Sasar:
Petugas Parti Politik.

Objektif:
Memberi latihan dan pendedahan kepada ETM & EMU tentang tatacara kerja yang perlu diamalkan sewaktu bertugas. Selain itu, objektif kursus adalah untuk memberi maklumat dan kefahaman tentang konsep ketelusan dan kerahsiaan yang diguna pakai oleh SPR semasa proses pengundian dijalankan.

Tempoh Latihan:
4 jam

Output:
ETM & EMU dapat menjalankan tugas masing- masing dengan lebih baik, mengikut prosedur dan mematuhi peraturan, selain memahami kaedah dan prosedur pengundian yang dijalankan di dalam saluran.

Training for Trainers

Kumpulan Sasar:
Warga SPR

Objektif:
Memberi latihan kepada kumpulan pegawai yang dilantik untuk menyampaikan taklimat kepada petugas pilihan raya.

Tempoh Latihan:
1 hari

Output:
Pegawai memahami proses pilihan raya dan prosedur operasi piawai proses pengundian serta berupaya menyampaikan maklumat yang betul dan tepat kepada petugas.

Taklimat Petugas Tempat Mengundi (Ketua Tempat Mengundi, Kerani Pengundian & Kerani Mengira Undi)

Kumpulan Sasar:
Petugas Pilihan Raya

Objektif:
Melatih petugas di dalam tempat mengundi (saluran) iaitu Ketua Tempat Mengundi, Kerani Pengundian & Kerani Mengira Undi agar mereka mahir berkenaan prosedur operasi piawai serta peraturan berkaitan proses pengundian dan mengira undi.

Tempoh Latihan:
1 hari

Output:
Ketua Tempat Mengundi, Kerani Pengundian & Kerani Mengira Undi bersedia untuk mengendalikan proses pengundian dan mengira undi dengan mengamalkan prosedur yang betul serta mengetahui peraturan- peraturan asas semasa bertugas di tempat mengundi (saluran).

Taklimat Petugas Undi Pos

Kumpulan Sasar:
Petugas Pilihan Raya

Objektif:
Memberi latihan kepada Penolong Pegawai Pengurus (Undi Pos) dan Kerani Undi Pos berkenaan prosedur dan peraturan dalam mengendalikan setiap peringkat pengundian secara pos.

Tempoh Latihan:
1 hari

Output:
Penolong Pegawai Pengurus (Undi Pos) berupaya mengendalikan aspek pengurusan dan pentadbiran undi pos, manakala Kerani Undi Pos dapat melaksanakan tugas dengan baik di seluruh peringkat pengundian secara  pos serta mengikut peraturan yang ditetapkan.

Taklimat Petugas Pegawai Penyelaras (PP) dan Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB)

Kumpulan Sasar:
Petugas Pilihan Raya

Objektif:
Memberi penerangan kepada PP dan PYB tentang skop tugas mereka yang perlu dilaksanakan terutamanya dari aspek penyelarasan tugasan semasa pilihan raya  dan juga pengurusan kaedah pengundian yang melibatkan anggota PDRM dan ATM seperti undi awal/ undi pos.

Tempoh Latihan:
3 jam

Output:
PP dan PYB dapat menyelaras peranan dan tugasan dengan sebaiknya mengikut maklumat yang diperoleh daripada Pejabat Pilihan Raya Negeri dan Pejabat Pegawai Pengurus.

Pendidikan Pengundi

Fungsi untuk memupuk kesedaran masyarakat pelbagai lapisan dan mempromosikan tentang ketelusan dan kecekapan pengurusan pilihan raya di Malaysia. Program Pendidikan Pengundi berperanan dalam merancang, membangun dan melaksana program-program pendidikan dan kesedaran terhadap proses demokrasi dan pilihan raya melibatkan kumpulan-kumpulan sasar:

  1. Sekolah rendah dan menengah;
  2. Institusi Pegajian Tinggi Awam dan Swasta;
  3. Orang awam dan Parti Politk dan
  4. Orang-orang berkepentingan.

Peranan ini dilaksanakan melalui program-program latihan seperti kursus dan seminar, khidmat nasihat dan konsultansi, serta penyampaian idea melalui penulisan dan penerbitan. Selain itu, Program Pendidikan Pengundi juga mendekati golongan sasar melalui program-program outreach dan melahirkan trainers yang dapat memberi penerangan mengenai proses demokrasi serta pengundian melalui program APR Associate Trainers.

Taklimat dan Latihan Yang Dilaksanakan

Voter Education

Kumpulan Sasar:
Pelajar-pelajar Universiti, Kolej, Politeknik

Objektif:
Pendidikan Pengundi memfokuskan kepada kesedaran pilihan raya dan proses pengundian, segmen pendidikan kenegaraan tidak kurang pentingnya. pelajar akan didedahkan dengan konsep pembinaan, pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Dari perspektif ini mereka akan sedar tentang peri pentingnya pemilihan sebuah kerajaan yang sah dan berwibawa. Fungsi ini boleh dilaksanakan melalui sinergi antara pihak pendidikan dan juga masyarakat sivik seperti badan-badan bukan kerajaan dan sukarelawan.

Tempoh Latihan:
1 hari

Output:
Rakyat generasi muda akan lebih memahami tentang pilihan raya, kepentingan keterlibatan dan bagaimana ianya diuruskan oleh SPR

APR Associate Trainer

Kumpulan Sasar:
Pelajar-pelajar Universiti

Objektif:
Melahirkan penceramah-penceramah demokrasi yang terlatih dan berkualiti untuk bersama-sama APR diseluruh negara menyampaikan maklumat tentang sistem pilihan raya di Malaysia dan seterusnya meningkatkan kesedaran tentang demokrasi di negara kita. Pelaksanaan program APR Associate Trainer akan bermula di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara.

Tempoh Latihan:

4 Fasa

Fasa 1 – Mengadakan temuduga terbuka kepada semua mahasiswa di universiti awam dan swasta bagi mencari calon-calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai jurulatih AAT. Kriteria yang dicari adalah seperti yang berikut:

a) Semangat kesukarelawan yang tinggi.
b) Mempunyai minat tentang sistem demokrasi dan pilihan raya negara.
c) Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
d) Berintegriti dan mampu mengamalkan sikap berkecuali.
e) Berpenampilan menarik.
f) Berfikiran kreatif dan inovatif.
g) Mempunyai komitmen yang tinggi.
h) Boleh bekerja dalam pasukan.
i) Kesediaan bertugas pada bila-bila masa termasuk pada hari cuti umum.

Fasa 2 – Pelantikan Jurulatih AAT dan Pelancaran Program yang diadakan di satu lokasi yang ditetapkan. Semua jurulatih AAT yang terpilih akan dikumpulkan dalam majlis tersebut.

Fasa 3 – Latihan kepada jurulatih yang dilantik. Latihan akan dijalankan selama 5 hari di setiap universiti awam dan swasta yang terlibat. Setiap jurulatih akan didedahkan dengan modul latihan yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran.

Fasa 4 – Pelaksanaan Program AAT kepada kumpulan sasaran. Setiap jurulatih yang dilantik akan dihantar ke sekolah-sekolah yang telah ditetapkan (negeri yang sama dengan lokasi universiti jurulatih) untuk menjalankan program mengikut modul yang telah diberikan. Urus setia dari Akademi Pilihan Raya akan turut serta bagi setiap program untuk menjalankan pemantauan.

Output:
Melahirkan penceramah-penceramah demokrasi yang terlatih dan berkualiti untuk bersama-sama APR diseluruh negara menyampaikan maklumat tentang sistem pilihan raya di Malaysia dan seterusnya meningkatkan kesedaran tentang demokrasi di negara kita.

Pengurusan Strategik

Program Pengurusan Strategik berperanan membantu dalam menjalankan fungsi utama Akademi Pilihan Raya (APR) bagi melaksanakan program-program untuk memupuk kesedaran sivik rakyat Malaysia dalam meningkatkan pengetahuan berkaitan pilihan raya. Antara program yang dijalankan termasuklah publisiti dan promosi pilihan raya serta menjalinkan kerjasama pintar dengan pelbagai pihak termasuk dari agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, sektor swasta dan badan pengurusan pilihan raya antarabangsa. Selain itu, Program Pengurusan Strategik juga berperanan menguruskan dapatan kajian ke atas kumpulan sasaran dan melaksanakan naziran penilaian keberkesanan hasil daripada taklimat dan program pendidikan pengundi yang dijalankan APR di seluruh negara.

Data Ilmu

SLAID

Pendidikan Pengundi

PDRM dan Pilihan Raya

Taklimat Ulangan
Pengurusan Undi Pos

Panduan Mengisi
Borang Kertas Penamaan Calon

Peranan PPM/
KPDP dan PAPM

Peranan Petugas Parti
Semasa Pilihan Raya

PENERBITAN (BUKU KERJA DAN BUKU PANDUAN)

Buku Kerja
Pegawai Pengurus

Buku Kerja
Penolong Pegawai Pengurus
Pentadbiran/Parlimen

Buku Kerja
Penolong Pegawai Pengurus
Dewan Undangan Negeri

Buku Kerja
Penolong Pegawai Pengurus
Undi Awal

Buku Kerja
Penolong Pegawai Pengurus
Undi Pos

Buku Panduan Memutuskan
Undi Ragu
Terbitan 2018

Buku Senarai Semak
Pegawai Yang Bertanggungjawab SPR

Buku Kerja
Ketua Tempat Mengundi

PERLEMBAGAAN, AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA

Perlembagaan Persekutuan

Akta Suruhanjaya
Pilihan Raya 1957

Akta Pilihan Raya
1958

Akta Kesalahan
Pilihan Raya 1954

Peraturan-Peraturan
Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981

Peraturan – Peraturan
Pilihan Raya
(Pengundian Pos) 2003

Unit Pendaftar

Unit Pendaftar merupakan tunjang utama pentadbiran Akademi Pilihan Raya (APR) yang bertanggungjawab dalam Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pusat Sumber dan Arkib Pilihan Raya serta memberikan Perkhidmatan Pengurusan Kepada APR. Unit Pendaftar juga berperanan dalam memastikan pentadbiran dan pengurusan akademi dilaksanakan dengan cekap dan berkesan seiring dengan Misi dan Visi APR. Terdapat empat (4) seksyen di bawahnya mengikut fungsi dan tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan sistem penyampaian maklumat kepada Warga & Pihak Berkepentingan APR iaitu:

  1. Seksyen Pengurusan Sumber Manusia;
  2. Seksyen Pengurusan Kewangan;
  3. Seksyen Pentadbiran Pengurusan; dan
  4. Seksyen Pusat Sumber dan Arkib Pilihan Raya.

Perpustakaan

Perpustakaan SPR dibuka pada:
8.30am - 5.00pm (Isnin - Jumaat)
8.30am - 12.15tgh | 2.45pm - 5.00pm (Jumaat)
Ditutup pada Cuti Umum

0

1

2

3

4

5

6

7

0

1

Galeri Tan Sri Abdul Aziz

Galeri dibuka pada:
8.30am - 5.00pm (Isnin - Jumaat)
8.30am - 12.15tgh | 2.45pm - 5.00pm (Jumaat)
Ditutup pada Cuti Umum

0

1

2

3

4

5

6

7

0

1

2

3

4