15 Januari 2019 - Taklimat Petugas KTM yang akan bertugas di DUN Jelai bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.078 Cameron Highlands telah diadakan pada 15 Januari 2019 di SK Koyan dan SMK Koyan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Mohd Azri Bin Mohideen Abd Kadir, Ketua Program (Pengurusan Latihan) Akademi Pilihan Raya dan Encik Zamri bin […]
Taklimat Petugas Kerani Pengundian/Kerani Mengira Undi (KP/KMU) yang akan bertugas di DUN Jelai bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.078 Cameron Highlands telah diadakan pada 16 Januari 2019. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Mohd Azri Bin Mohideen Abd Kadir, Ketua Program (Pengurusan Latihan) Akademi Pilihan Raya dan Encik Zamri bin Mohd Jalil \
Voters Education & Exhibition@Manipal University
17 Januari 2019- Taklimat Petugas bagi Penyelia / Kerani Penyemak Daftar dan Pemandu Arah telah di buat dua Dun iaitu di Dun Tanah Rata dan di dun Jelai . Taklimat di Dun Tanah Rata diberi oleh Puan Norlinah binti Jamman dan di dun Jelai oleh Encik Zamri bin Mohd Jalil.
Taklimat Ejen Parti Politik bagi PRK P.078 Cameron Highland, Pahang dilaksanakan bertujuan untuk memastikan ejen-ejen parti politik melaksanakan tugas mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Dalam taklimat ini, menjelaskan akan Peranan dan tanggungjawab sebagai ejen parti politik serta mengadakan proses simulasi bagi memberi pendedahan akan situasi sebenar pilihan raya.
26 Januari 2019 - Akademi Pilihan Raya telah membawa seramai lebih 10 orang AAT untuk bersama-sama menyaksikan sendiri proses pengundian sehingga keputusan di umumkan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah. Dengan penglibatan ini, diharapkan team AAT akan lebih memahami dan seterusnya dapat berkongsikan pengalaman ini semasa memberikan taklimat kepada pelajar-pelajar […]
28 Januari 2019 - Pihak pengurusan IPG Kampus Tunku Ampuan Afzan telah menjemput wakil daripada Akademi Pilihan Raya untuk melihat proses pengundian diadakan pada 28 Januari 2019. Encik Zamri bin Mohd Jalil mewakili pihak APR untuk menjadi pemerhati di IPG Kampus Ampuan Afzan. Terdapat 52 orang calon bertanding dan kesemua 682 pengundi mesti memilih hanya […]
30 Januari 2019 -Pihak pengurusan IPG Kampus Darul Aman telah menjemput wakil daripada Akademi Pilihan Raya untuk melihat proses pengundian diadakan pada 30 Januari 2019. Encik Nik Aminuddin bin Nik Shahar Shah, Pendaftar telah mewakili pihak APR untuk menjadi pemerhati di IPG Kampus Darul Aman.