Pahang – Kursus Training of Trainers (TOT) telah dijalankan dengan jayanya pada 12- 14 mac 2019 bertempat di De Rhu Beach Resort, Pahang . Kursus ini telah dihadiri oleh lebih 103 orang warga SPR diseluruh Negara. Kursus ini diadakan bagi melatih warga SPR di seluruh negara untuk menjadi jurucakap dalam menyampaikan maklumat yang lebih tepat kepada warga sekolah serta mahasiswa di dalam semua program yang akan melibatkan mereka.
Peserta juga di dedahkan dengan teknik pempaian berkesan oleh Pengarah Akademi Pilihan Raya.
Diakhir kursus ini, peserta akan dapat memahami siapa SPR, fungsi-fungsi SRP, serta proses dan prosedur terkini pengurusan pengundian dan seterusnya menjadi agen penyampai maklumat yang tepat dan sahih kepada pelanggan SPR.
Majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah Akademi Pilihan Raya, Encik Hasanul Isyraf Bin Naim.