Dalam Daftar Pemilih terdapat pemohon yang telah mencecah usia lebih 90 tahun tetapi baru mendaftar sebagai pemilih. Bukankah ini agak meragukan?

Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan umur kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih ialah apabila seseorang itu mencapai umur 21 tahun.  Oleh itu, selagi seseorang warganegara Malaysia yang telah melepasi umur 21 tahun dan beliau memenuhi semua syarat untuk didaftarkan, maka SPR tidak boleh menghalang beliau memohon untuk didaftarkan sebagai pemilih meskipun ketika permohonan dibuat, beliau telah mencapai usia emas, contohnya berusia lebih 90 tahun.

Leave a comment