AAT adalah projek bitara daripada APR yang dilhamkan oleh Pengarah APR, Encik Hasanul Isyraf bin Naim. Dengan hasrat untuk melahirkan penceramah-penceramah demokrasi yang terlatih dan berkualiti untuk bersama-sama APR diseluruh negara menyampaikan maklumat tentang sistem pilihan raya di Malaysia dan seterusnya meningkatkan kesedaran tentang demokrasi di negara kita. Pelaksanaan program APR Associate Trainer akan bermula di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara.

Program AAT ini akan melibatkan empat (4) fasa iaitu seperti yang berikut:

Fasa 1 – Mengadakan temuduga terbuka kepada semua mahasiswa di universiti awam dan swasta bagi mencari calon-calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai jurulatih AAT. Kriteria yang dicari adalah seperti yang berikut:

a) Semangat kesukarelawan yang tinggi.
b) Mempunyai minat tentang sistem demokrasi dan pilihan raya negara.
c) Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
d) Berintegriti dan mampu mengamalkan sikap berkecuali.
e) Berpenampilan menarik.
f) Berfikiran kreatif dan inovatif.
g) Mempunyai komitmen yang tinggi.
h) Boleh bekerja dalam pasukan.
i) Kesediaan bertugas pada bila-bila masa termasuk pada hari cuti umum.

Fasa 2 – Pelantikan Jurulatih AAT dan Pelancaran Program yang diadakan di satu lokasi yang ditetapkan. Semua jurulatih AAT yang terpilih akan dikumpulkan dalam majlis tersebut.

Fasa 3 – Latihan kepada jurulatih yang dilantik. Latihan akan dijalankan selama 5 hari di setiap universiti awam dan swasta yang terlibat. Setiap jurulatih akan didedahkan dengan modul latihan yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran.

Fasa 4 – Pelaksanaan Program AAT kepada kumpulan sasaran. Setiap jurulatih yang dilantik akan dihantar ke sekolah-sekolah yang telah ditetapkan (negeri yang sama dengan lokasi universiti jurulatih) untuk menjalankan program mengikut modul yang telah diberikan. Urus setia dari Akademi Pilihan Raya akan turut serta bagi setiap program untuk menjalankan pemantauan.

Fasa 1 :
Temuduga

0

1

2

3

4

5

6

7

0

1

2

3

4

5

6

Ucapan Tahniah dan Sesi Suai Kenal

0

1

2

3

4

5

6

7

0

1

Fasa 2 dan 3 :
Pelantikan Jurulatih AAT dan Pelancaran Program serta Latihan

Nantikan kami di lokasi-lokasi berikut:
24 Ogos – 27 Ogos 2018 (Jumaat – Isnin) - Institut Kepimpinan & Pembangunan Perak
28 Ogos – 31 Ogos 2018 (Selasa- Jumaat) - Sarawak
28 Ogos – 31 Ogos 2018 (Selasa – Jumaat) - Sabah
0

1

2

3

4

5

6

7

0

1

2

3

4

5

6

Fasa 4 :
AAT Ke Lokasi Ditentukan.

AAT akan bermula di MRSM Beseri Perlis, rujuk maklumat lokasi terkini di ruangan ``APR Dimana?``
0

1

2

3

4

5

6

7

0

Modul AAT

1. SPR dan Pilihan Raya di Malaysia
2. Pengenalan Kepada Proses Pengundian
3. Pengenalan Kepada Proses Pengiraan Undi
4. Isu Semasa Pilihan Raya
5. Kenali Peralatan Pilihan Raya
6. Ketrampilan Diri

SPR dan Pilihan Raya

Pengurusan Pengundian

Proses Pengiraan Undi

Isu Semasa Pilihan Raya

Kenali Peralatan,
Borang dan Sampul

Modul Pengajaran AAT
SPR dan Pilihan Raya

Teknik Penyampaian Berkesan

Penampilan Diri

AAT di PRK N.39 Seri Setia pada 8 September 2018.

Maklumat lanjut, rujuk APR di Mana

0

1

2

3

4

5

6

7

0

1

2

3

4

5

6

7

0

1

2

3

4

5

6

7

0

1

2

3

4

5

6

7

0

1

2

3

4

5

6

7

0

1

2

3

4

5

6

7

0

1